Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

28 Jun 2024 • 9:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook Pos Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan Setem Kenang-Kenangan untuk meraikan ulang tahun ke-100 Tambak Johor dan akan dijual kepada orang ramai mulai hari ini.

Pos Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan setem itu memaparkan ilustrasi pemandangan Tambak Johor dahulu dan sekarang, serta memberi penghormatan kepada warisan abadi Tambak Johor sebagai simbol ketersambungan dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

"Ia juga mencerminkan sejarah bersama dan kemakmuran Malaysia dan Singapura," menurut kenyataan itu.

Set Setem 'Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor' yang berharga RM30.50 itu akan dijual di semua Biro Filateli Pos Malaysia, termasuk 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara dan dalam talian di https://shop.pos.com.my.

"Set setem itu merangkumi satu lembaran setem terdiri daripada 20 unit yang bernilai RM20 dengan menampilkan empat reka bentuk berbeza, bersama satu sampul Surat Hari Pertama (dengan setem dan tanda pembatalan khas) dan satu folder," menurut kenyataan itu.

Tambak Johor telah menjadi tunjang hubungan Malaysia-Singapura yang terbenam dalam struktur geografi dan geoekonomi kedua-dua negara. la juga telah berkembang menjadi sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan terkenal sebagai jambatan lebuh raya paling sibuk dengan menampung lebih 100 juta pengguna setiap tahun. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved