“Seth Sentiasa Di Hati Uwan..” – Ibu Shila Rindu Pada Cucu, Akui Tak Banyak Kenangan Bersama

Entertainment
5 Jun 2024 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui Instagram Story milik ibu penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman, dia memuat naik beberapa foto bersama anak sulungnya itu.

Nak jejak kaki ke Mekah

Dapat dilihat dalam salah satu foto yang dimuat naik, kelihatan Fauziah memuat naik foto bersama Shila ketika mereka berada di Tanah Suci Mekah suatu ketika dahulu.

image is not available

Menurut Fauziah, dia sudah merancang sejak dua tahun lalu untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci itu tetapi masih tidak kesampaian lagi.

Rindu cucu Seth Uwais

Di hantaran foto yang lain pula, Fauziah atau mesra dikenali sebagai Mama Zie turut meluahkan rasa rindu kepada cucunya iaitu Seth Uwais yang merupakan anak kepada penyanyi terbabit.

image is not available

Bahkan, dia juga mengakui tidak mempunyai banyak kenangan bersama cucu sulungnya itu tetapi Seth tetap berada di dalam hatinya.

Sekadar info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Harris Idraki pada tahun 2018 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan selepas mereka memilih untuk bercerai pada Februari 2022.

Kemudiannya, pada 4 Ogos tahun lalu, Shila selamat mendirikan rumah tangga bersama Ubai dan kini mereka telah menimang seorang cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira.

image is not available 1 month ago

"Salah Orang Kita Nampak, Dalam Hidup Ni Jangan Rasa Diri Kita Baik" - Ibu Shila Amzah