Setia Hujung Nyawa, Isteri Arwah Achik Spin Bahagia Berstatus Ibu Tunggal Selama 15 Tahun – “Tak Ada Boleh Sayang Macam Arwah”

LocalFamily & Parenting
10 Jul 2025 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, tragedi kemalangan yang menimpa Allahyarham Achik Spin yang berlaku pada 15 tahun lalu hingga sekarang masih segar diingatan susulan ia telah pun menggemparkan industri seni tanah air.

Arwah telah pun meninggalkan seorang balu, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha bersama dua orang anak perempuan yang kini sudah menginjak ke alam remaja.

image is not available

Anak-anak arwah Achik Spin kini sudah remaja, semakin cantik

Dapat dilihat melalui Instagram Tasha, dia sering berkongsikan momen-momen bersama dua orang puterinya yang sudah semakin cantik serta bijak.

Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka.

image is not available

Difahamkan, anak sulung mereka yang bernama Safiyya sudah pun berusia 17 tahun, manakala anak bongsu, Putri Nursumayya kini berusia 15 tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban.

Perkembangan Tasha pula, dia kini bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah hospital swasta yang terletak di sekitar Seremban.

Penat jadi ibu tunggal tapi yakin tiada yang boleh menyayangi seperti arwah..

Terlalu penat kerana semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah.

image is not available

Tasha sama sekali tidak menolak jodoh dan jika sudah tertulis, pasti pintu hatinya akan terbuka cuma dia yakin tidak akan ada lelaki yang mampu menyayanginya seperti arwah suami.

Saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti.

image is not available 2023-10-25 11:07:26

Siti Nordiana Akhirnya Cerita 'Moment' Akhir Bersama Arwah Achik, Akui Pernah Balas Cinta - "Dia Memang Ada Hati Dekat Saya"

View Original Article