“Setiap Malam Fikir & Menangis, Diri Ni Hanya Manusia Biasa” – Dah Cekik Pukul Isteri, ‘Influencer’ Cuba ‘Play Victim’ Pula?

5 Dec 2023 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pempengaruh Hajar Hanif membuat pendedah di akaun TikToknya mengenai kecurangan suaminya, Mikhail.

Difahamkan, Mikhail sudah pun melafazkan talak tiga terhadap Hajar beberapa tahun lalu kerana pernah mengeluarkan perkataan itu ketika kantoi curang serta janji tidak akan melakukannya lagi.

Melalui tinjauan BeautifulNara di akaun TikTok Mikhail, dia ada memuat naik satu video dengan meluahkan isi hati di bahagian kapsyen.

Kata Mikhail, dirinya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan dan sering kali menangis apabila memikirkan nasib anak-anak.

Dalam pada itu, Mikhail turut seakan-akan menyesal kerana sering berkongsikan kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak di media sosial kerana akhirnya ditimpa masalah seperti ini.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka influencer terbabit melakukan hal sedemikian kerana sering melihat konten-kontennya bersama isteri seperti tiada masalah.

Bahkan, ramai juga yang meluahkan rasa kesian terhadap Hajar yang terpaksa hadap ujian yang menimpa dirinya ini.

image is not available 5 hours ago

"Lempang, Cekik I Masa I Mengandung" - Pempengaruh Curang, Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri?