Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

LocalBusiness & Finance
22 Apr 2026 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bayangkan setiap kali jam berdetik, RM2,300 duit negara "hangus" begitu sahaja demi mengekalkan harga minyak di pam!

Itulah realiti pahit yang didedahkan Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein ketika temu bual khas di rancangan Agenda AWANI.

“Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api. Itu bersamaan kira-kira RM200 juta sehari. Bebannya amat berat.

“Dari segi harga dan inflasi, kita banyak dilindungi dengan subsidi minyak, khususnya diesel. Tetapi ia bukan sesuatu yang mampan untuk jangka masa lama,” katanya.

image is not available

Lebih membimbangkan, Malaysia diakui belum bersedia sepenuhnya jika berlaku krisis bekalan atau konflik geopolitik berpanjangan yang lebih dahsyat daripada apa yang disaksikan dalam konflik Rusia-Ukraine.

"Jika ditanya adakah kita bersedia sepenuhnya? Jawapannya tidak," Ada beberapa sektor dan industri yang memang tidak dapat kita lindungi sepenuhnya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengakui keutamaan kerajaan kini tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu mengawal kenaikan kos, menjamin bekalan asas serta melindungi industri tempatan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

SUMBER: ASTRO AWANI.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved