“Setiap Sen Dapat, Akan Haram Sampai Bila-Bila!” – Neelofa Berang Dengan ‘Scammer’, Guna Identitinya Jual Pakaian Dalam Wanita

24 Oct 2023 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selebriti dan usahawan, Neelofa melepaskan kemarahannya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto, video dan suaranya untuk tujuan yang buruk.

Menerusi Instagram, isteri kepada Haris Ismail itu berkongsi tangkap layar hantaran yang dimaksudkan dan pihak tersebut telah menggunakannya untuk menjual serta mempromosikan pakaian dalam wanita.

Berang dengan tindakan pihak itu, Neelofa menyelar dan menyifatkan scammer berkenaan sama seperti golongan Yahudi yang dilaknat.

Ni satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai zionis Israel. Setiap keuntungan anda perolehi akan haram sampai bila-bila!

image is not available

Sumber : fatinnadiah94  

Usahawan itu turut berkongsi video pendek yang memaparkan dirinya namun suara tersebut adalah milik individu lain dan berkata tidak akan menghalalkan perbuatan seller tersebut.

Perempuan mana yang tiru suara saya tu. Saya tak halal, makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini.

image is not available

image is not available 5 days ago

"Mentanglah Aku Artis Senang Dicop Penipu, 'Scammer'" - Boy Iman Luah Perasaan, Lalui Banyak Ujian Dalam Hidup