“Seumur Hidup Belum Pernah Saya Lupa Diri” – Ali Puteh

9 Aug 2023 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman TikTok, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana perniagaan kecil yang diusahakan bersama isteri mendapat sambutan hangat.

Bahkan, wajah pelawak tersebut juga kelihatan amat gembira dan terharu kerana netizen sudi memberi sokongan terhadapnya serta isteri.

Kata Ali, dia sama sekali tidak menyangka selepas segala ujian yang dihadapi selama ini, rupanya ada hikmah baik untuknya serta keluarga.

Susulan berkongsi rasa syukur mendapat rezeki melimpah ruah, netizen turut tumpang gembira dengan kejayaan pelawak tersebut.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen memberi pesanan kepada Ali untuk tidak lupa diri sekiranya sudah semakin berjaya di masa hadapan.

image is not available

Menjawab kenyataan netizen tersebut, Ali berkata dirinya selama ini tidak pernah lupa tentang asal usul biarpun sudah berjaya.

image is not available 1 day ago

"Ada Yang Ulang Tempah.." - Ali Puteh Jual Sambal Petai Terangkat & Jering Berlado, Laku Keras!