Sewa tertunggak lebih RM67,000, butik usahawan terkenal terima writ distres?

LocalBusiness & Finance
10 Jan 2025 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sewa tertunggak

Sewa tertunggak lebih RM67,ooo butik dipercayai milik usahawan terkenal menyebabkan kedai tersebut menerima writ distres selepas dua bulan tidak membuat bayaran.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna Thread dikenali sebagai Izuddin Yussof apabila memuat naik notis yang ditampal di pintu butik terbabit dipercayai di IOI City Mall.

image is not available

Sewa tertunggak butik milik usahawan di lantai LG sebuah pusat beli belah

Dalam writ sama tersebut, tertera nama butik berkenaan yang beralamat di lantai LG pusat beli belah terbabit.

Pengguna X tersebut juga memaklumkan yang pemilik butik tersebut adalah seorang usahawan terkenal berstatus datin.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Sewa tertunggak butik milik usahawan berstatus datin

Melalui writ saman itu lagi, dapat dilihat bahawa premis tersebut sudah tidak membayar sewa selama dua bulan dan tunggakan mencecah RM67,000.

Berdasarkan keterangan dari writ saman tersebut, pihak mereka telah mengarahkan semua harta alih dengan nilai sewaan dua bulan dari premis tersebut dikeluarkan.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak usahawan tersebut dan kondisi perniagaan butik berkenaan.

Sumber: Thread Izuddin Yussof