Ketua pengawas UPKK maut ketika ambil kertas peperiksaan

1 Oct 2019 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PASIR MAS - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar maut ketika dalam perjalanan mengambil kertas peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Mariana Yusof, 30-an, yang juga Ketua Pengawas UPKK memandu kereta Proton Iswara maut di tempat kejadian di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Kenjong dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.11 pagi.

"Seramai lapan anggota bersama ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Muhamad Juri ke lokasi kejadian.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi didapati sebanyak empat buah kenderaan iaitu dua motosikal dan dua kereta terbabit dalam kemalangan," katanya.

image is not available
Kereta Proton Iswara yang dipandu Mariana remuk dalam kemalangan tersebut.

Menurutnya, salah seorang daripada empat mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi pemandu dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved