Google Play Store Kini Memudahkan Pengguna Keluar Dari Mana-Mana Ujian Beta Dengan Satu Butang Sahaja

TechnologyDigital
30 Sep 2019 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Store adalah gedung memuat turun aplikasi untuk pengguna Android yang sedia terbina pada mana-mana peranti Android. Selain daripada memuat turun, ia juga menawarkan kemampuan kepada pengguna untuk sertai ujian Beta dengan mudah, menambah senarai minat, daftar untuk notifikasi acara atau juga memberi peluang kepada pengguna untuk pra-daftar.

image is not available

Sayang sekali, kadangkala aplikasi versi ujian mempunyai banyak pepijat dan kadangkala tidak stabil – jadi untuk keluar dari beta pengguna permua cari kembali satu per satu aplikasi yang daftar keluar. Begitu juga dengan aplikasi yang telah di pra-daftar, kadangkala lepas membaca/melihat ulasan atau pandang pertama – minat itu hilang dan tidak lagi berminat dengan aplikasi tersebut ia sukar untuk daftar keluar. Sehinggalah hari ini, Google telah menambah kemampuan untuk mendaftar keluar dari semua perkhidmatan mereka. Baik ujian beta, pra-daftar aplikasi, senarai minat atau acara – kini pengguna hanya perlu tekan satu butang untuk keluar dari semua.

Ia hadir melalui kemaskini bahagian pelayan, jadi sepatutnya mana-mana peranti Android dengan versi Play Store yang terkini sudah boleh lihat fungsi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved