Rakyat Kelantan diminta terus patuh PKP

22 Apr 2020 • 8:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Rakyat di negeri Kelantan dinasihatkan agar tidak berasa selesa meskipun mencatatkan sifar kes baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh enam hari berturut-turut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, walaupun kes telah menurun dan mencatatkan sifar kes baharu, namun masyarakat tidak boleh memandang remeh penularan wabak Covid-19 kerana risiko kebolehjangkitan masih ada.

鈥淜ita jangan berasa selesa walaupun berlaku penurunan kes sama ada di peringkat negeri mahupun nasional selagi rantaian wabak Covid-19 ini belum benar-benar terputus," katanya ketika ditemui pemberita di majlis pelancaran label pembungkusan kuih raya di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Sehingga ini, Kelantan kekal dengan tiga kematian akibat Covid-19 dan merekodkan 155 kes positif wabak itu dengan lapan masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kelantan, Mat Yaacob berkata, pihak penjara mengalu-alukan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan dalam pelbagai bidang termasuk mencipta label pembungkusan kuih raya dan yakin permintaan untuk kuih raya dari penjara akan meningkat.

Beliau berkata, sehingga hari ini jumlah tempahan kuih raya sudah mencecah 13,000 bungkusan dan memberi jaminan kuih yang dihasilkan di dapur penjara adalah bersih dan bebas penyakit kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved