
KENINGAU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengulagi bahawa Parti Warisan Sabah pimpinannya hanya akan bekerjasama dengan rakyat dan bukan dengan parti-parti lain dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Warisan akan berdiri sendiri. Saya yakin parti ini mampu mentadbir dengan sokongan rakyat,” katanya selepas menerima 800 borang keahlian di sini.
Beliau berkata jika dua kerajaan terdahulu di Sabah mampu mentadbir negeri ini selama dua penggal, maka Warisan juga boleh melakukannya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Parti Jelata Rakyat Sabah (Berjaya) yang dipimpin oleh Tan Sri Harris Salleh dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pernah mentadbir selama 10 tahun walaupun bergerak secara solo sebelum ini.
“Kita perlu bekerja dengan rakyat, dengar suara rakyat. Jika kita menyertai gabungan, kerajaan kita akan mempunyai banyak dasar, banyak rancangan dan banyak pelaksanaan yang bergantung kepada keperluan gabungan itu, bukan keperluan rakyat.”
Shafie berkata berdasarkan pengalamannya, gabungan tidak bertahan lama.
Katanya lagi, Warisan akan terus memperjuangkan pematuhan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya parti itu diberi mandat.
Beliau mendakwa Warisan merupakan parti pertama yang membawa isu MA63 ke Parlimen pada 2019 melalui mendiang VK Liew untuk meminda kandungan perkara 2 dan perkara 1 berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak.
