Pelakon, model dan pengacara, Shah Iskandar meluahkan rasa syukur apabila dia layak untuk memohon status sebagai penduduk tetap pada tahun depan.
Katanya, kerjaya yang telah dibina selama 10 tahun di Malaysia akhirnya diberi peluang untuk membuat permohonan tersebut.
“Tahun depan saya boleh memohon status penduduk tetap. Doakan untuk saya sebab saya di sini pun dah 10 tahun,” katanya.
Ketika ini katanya dia menggunakan pas penduduk yang membolehkan dia memasuki Malaysia setiap lima tahun.
“Sekarang saya pemegang resident pas, dengan pas ni saya boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun. Selepas 10 tahun, kita boleh mohon permanent resident.
“Insya-Allah, saya harap lulus memandangkan saya di Malaysia sudah masuk 15 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Shah turut menjelaskan proses permohonan status memakan masa yang lama kerana dia mengikut prosedur yang betul tanpa sebarang bantuan mana-mana pihak.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Shah bakal membintangi drama bersiri terbitan Skop Production yang bertajuk Polis Peronda dan akan disiarkan di TV3.
Sumber: mStar
The post Shah Iskandar luah rasa syukur, layak mohon taraf penduduk tetap tahun depan appeared first on The Reporter.



