Shahelmey bakal jadi Presiden Safa 

10 May 2023 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya bakal menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) yang baharu Sabtu ini apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan negeri itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Timbalan Presiden Datuk Abdul Rahman Zakaria dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin berkata Shahelmey adalah satu-satunya calon yang dicalonkan dan beliau telah menerima jawatan itu.

Beliau percaya Shahelmey adalah orang yang tepat untuk memimpin persatuan itu dengan pengetahuannya dalam bola sepak.

“Saya akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Datuk Shahelmey untuk menerajui Safa. Ia demi kemajuan bola sepak di negeri ini kerana sudah diketahui bahawa penglibatan Datuk Shahelmey dalam bola sepak negeri bukanlah sesuatu yang baru.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam hal berkaitan bola sepak sudah tentu akan membantu Safa untuk berfungsi dengan lebih baik. Saya dan semua ahli gabungan lain yakin beliau mampu menerajui persatuan dan meningkatkan lagi imej bola sepak di Sabah,” katanya.

Sementara itu, semua jawatan lain dalam Safa termasuk timbalan presiden, naib presiden dan ahli majlis tertinggi akan dipertandingkan.

Rahman memberi jaminan bahawa mesyuarat/ pemilihan akan dijalankan mengikut perlembagaan persatuan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.