Shahril Mokhtar letak jawatan dalam FAM, mahu fokus pada Selangor FC

26 Jun 2024 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Shahril Mokhtar letak jawatan

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar letak jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berkuatkuasa serta merta pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, Shahril yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah SFC telah melepaskan jawatannya dalam semua portfolio badan induk, FAM.

Shahril Mokhtar letak jawatan

image is not available

“Ya, saya sudah letak jawatan serta merta tengah hari tadi dan telah hantar surat kepada FAM. Peletakan jawatan itu adalah hak saya kerana saya dipilih dan bukan dilantik.

“Tidak adalah alasan apa pun(menyebabkan letak jawatan) tetapi kemelut bola sepak sekarang ini membuatkan saya mahu bertenang dan fokus untuk Selangor FC dan FAS,” katanya.

Shahril Mokhtar letak jawatan

image is not available

Hari ini, Sultan Selangor murka dengan keputusan MFL (Malaysian Football League) susulan keputusan denda yang dikenakan terhadap pasukan Selangor FC susulan penarikan diri daripada saingan Piala Sumbangsih Mei lalu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj “murka” dengan keputusan MFL yang dianggap tidak bertanggungjawab atas keputusan Gergasi Merah meminta perlawanan Piala Sumbangsih ditangguh.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)