Shahriman letak jawatan sebagai Pengarah Urusan Sapura Resources

Business & Finance
30 Oct 2024 • 9:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shahriman Shamsuddin

PENGARAH Urusan Sapura Resources Bhd, Datuk Shahriman Shamsuddin meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Shahriman turut meletak jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut dan juga pengarah dalam anak syarikat berikut -- SRB One Sdn Bhd, Aero Handlers Sdn Bhd, Aerodome Services Sdn Bhd dan Sapura Technics Sdn Bhd.

"Lembaga telah memutuskan untuk menerima peletakan jawatan Shahriman sebagai pengarah urusan syarikat dan pengarah syarikat serta jawatan pengarah dalam anak-anak syarikat tersebut," kata Sapura Resources.

Menurut syarikat itu, Lembaga Pengarah komited untuk menegakkan standard integriti dan tadbir urus korporat tertinggi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved