Shahrol Shiro puas hati! Isteri pertama kali mengaku salah, terlupa hidupkan road tax

LocalEntertainment
24 Sep 2025 • 7:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak dan penyampai radio, Shahrol Shiro mencuit hati warganet apabila berkongsi pengalaman menemani isterinya, Nor Farhanah Syamimi ke mahkamah atas kesalahan terlupa memperbaharui cukai jalan kenderaan.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 41, berseloroh itu kali pertama isterinya mengaku bersalah di hadapan hakim.

“Buat kali pertama isteri saya mengaku bersalah depan hakim, kalau di rumah semua salah saya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

image is not available

Shahrol Shiro puas hati!

Malah, Shahrol turut berkongsi detik ketika hakim membacakan pertuduhan sebelum isterinya mengaku bersalah.

“Puan Nor Farhanah Syamimi, adakah anda mengaku bersalah? Saya bersalah.
“Kalau di rumah, ‘Sayang eh bukan salah I, salah you. Semua salah you.’ Wah, depan hakim saya bersalah. Satu kepuasan,” tulisnya.

image is not available

Perkongsian itu mengundang gelak tawa warganet yang rata-rata terhibur dengan telatah pasangan berkenaan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, Shahrol mendirikan rumah tangga dengan Nor Farhanah pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish.S

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved