Shake Shack Malaysia dibuka 1 Syawal, ini menunya berserta harga

Food
3 Apr 2024 • 10:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang digembar-gemburkan sejak Oktober 2023 lalu, Shake Shack akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia di Menara Exchange 106 (TRX) dan tarikh pembukaan rasminya telahpun diumumkan. Seperti yang diutuskan akaun sosial Facebook Shake Shack Malaysia, pintu kedainya akan dibuka pada 10 April 2024 bermula jam 7 malam hingga 10 malam.

image is not available

10 April 2024 adalah bersamaan dengan 1 Syawal 1445 mengikut mengikut kalendar Hijrah. Jadi, sukar dijangkakan khalayak yang akan menyerbu outlet ini. Mungkin akan lengang disebabkan adanya orang tak balik kampung ataupun sesak disebabkan orang luar yang datang ke KL sempena Hari Raya.

Walau apapun rancangan anda, menu Shake Shack Malaysia sudahpun diterbitkan di laman rasmi mereka.

Burger daging & ayam serendah RM19

Ada 5 pilihan burger yang ditawarkan daripada menu. Paling murah adalah Beef Burger iaitu burger daging ringkas dengan sedikit topping. Burger paling premium adalah Shack Stack RM37 yang menggabungkan patty daging bersama-samam 'Shroom Burger, patty sayuran.

image is not available

Buat yang tidak menggemari daging, 'Shroom Burger boleh didapatkan pada harga RM27 yang didalamnya ada keju Monterey Jack, Tilsiter, dan Colby. Pilihan ayam juga ada pada harga serendah RM22.

image is not available

Sosej daging harga bermula RM15

Selain burger, anda ada pilihan sosej dikapit roti untuk didapatkan. Sosej paling asas berharga RM15.00 dan yang paling premium berharga RM23 yang didalamnya terdapat sos keju, lada ceri, dan carikkan daging salai.

image is not available

Kentang goreng harga bermula RM10.70

Ada dua pilihan kentang goreng untuk dipadankan dengan burger ataupun sosej tadi. ANda sama ada boleh pergi kepada pilihan asas RM10.70 ataupun tambah RM6.50 untuk yang bersos keju.

image is not available

15 minuman & ais krim harga bermula RM5.90

Malangnya, tiada maklumat tentang adanya kombo makanan beserta minuman. Makanya, anda perlu dapatkan minuman secara berasingan. Daripada senarai menu, ada 15 pilihan minimum pelbagai jenis, bermula dengan soda berkarbonat pada harga RM5.90 ataupun anda boleh pergi ke yang paling premium iaitu Bunga Raya Shake berhaga RM23.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi Shake Shack untuk maklumat lanjut.

View Original Article