Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

LocalFood
10 Jun 2026 • 10:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Shake Shack Malaysia hari ini memperkenalkan produk baru: Menu Steakhouse, Tiramisu Shake serta koleksi barangan edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA, sekali gus meraikan pencapaian penting bagi Shake Shack Malaysia apabila kesemua empat cawangannya di Malaysia kini disahkan halal secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Acara dihadiri oleh wakil daripada pihak JAKIM, Shake Shack dan bATIKTEKTURA bagi meraikan pencapaian ini serta komitmen berterusan Shake Shack Malaysia untuk mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia ke Shake Shack.

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Mulai 12 Jun, menu masa terhad dan koleksi eksklusif Malaysia ini akan ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia The Exchange TRX, Sunway Pyramid, KLIA Terminal 2 dan Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan menu berinspirasikan steakhouse klasik, Shake istimewa serta koleksi batik yang meraikan warisan budaya dan seni kraftangan Malaysia.

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Citarasa Steakhouse, Gaya Shack 

Steakhouse yang hebat mempunyai konsep istimewa yang tersendiri, kaya rasa, beraroma asap, dan penuh karakter. Elemen inilah yang mengilhamkan menu terbaru Shake Shack

Malaysia, satu interpretasi berani hidangan klasik steakhouse, dicipta dari sudut pandangan Shack.

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Steakhouse Burger: RM32.00 

Menu menampilkan hidangan utama Steakhouse Burger baru, iaitu burger keju cheddar putih ditambah cendawan portobello, bawang goreng rangup dan sos horseradish peppercorn mayo. Turut diperkenalkan ialah Steakhouse Fries crinkle-cut klasik dengan sos horseradish peppercorn mayo, kepingan daging lembu dengan daun bawang segar. 

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Steakhouse Fries: RM19.00 

Steakhouse Menu menggabungkan citarasa savouri dengan pendekatan tersendiri Shake Shack yang mengolah comfort food untuk mencipta interpretasi menu yang lebih premium.

Manisan Melengkapkan Hidangan 

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Tiramisu Shake: RM30.00 

Untuk penggemar manisan, Tiramisu Shake baru yang berinspirasikan kafe menawarkangabungan krim keju mascarpone, kopi dan kastard vanila, diadun segar satu demi satu dan disempurnakan dengan serpihan biskut ladyfinger serta taburan serbuk koko.

Batik Eksklusif Malaysia, Ditafsir Semula 

Image from: Shake Shack Malaysia Raikan Pensijilan Halal Dengan Menu Baru & Koleksi Batik

Koleksi barangan edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA eksklusif Malaysia menampilkan rekaan batik kontemporari yang mentafsir semula corak burger ikonik Shake Shack dari perspektif Malaysia.

Diinspirasikan oleh corak batik tradisional, elemen seni bina Moorish serta flora tempatan berteraskan bunga raya, koleksi ini mengetengahkan interpretasi moden budaya dan seni kraftangan Malaysia menerusi pilihan pakaian harian yang praktikal dan bergaya, terdiri daripada kemeja lelaki dan skaf. 

Direka Khas untuk Rakyat Malaysia 

Sejak pembukaan cawangan pertama Shake Shack di Malaysia pada tahun 2024, Shake Shack Malaysia sentiasa memastikan operasinya memenuhi piawaian standard halal. Ini merangkumi penyesuaian formulasi menu, perolehan bahan-bahan yang mematuhi keperluan halal, peralihan pembekal serta pematuhan operasi sepenuhnya mengikut garis panduan JAKIM. 

Pensijilan ini membuktikan komitmen berterusan Shake Shack Malaysia dalam memberikan pengalaman menikmati hidangan yang diyakini sepenuhnya kepada rakyat Malaysia, pada masa sama mengekalkan kualiti bahan-bahan serta hospitaliti yang menjadi identiti Shake Shack di seluruh dunia. 

Steakhouse Menu, Tiramisu Shake dan koleksi barangan Shake Shack x bATIKTEKTURA akan ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia mulai 12 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan stok. 

Hubungi Shake Shack Malaysia di bawah:

Laman web: shakeshack.com.my

Instagram: @shakeshackmy

Facebook: @shakeshackmy

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved