Shaniena Natasya Bidas Wanita Kritik Pergi Melancong & Abai Tanggungjawab – “Apa Punya Bini, Pergi Seronok Biar Suami Jaga Anak”

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2025 • 4:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti media sosial Shaniena Natasya didakwa mengabaikan suami dan anaknya kerana berseronok melancong ke Thailand bersama rakan-rakan.

Menerusi Threads, pempengaruh itu telah berkongsi komen seorang individu yang berasa kurang senang serta mengkritiknya kerana meninggalkan suami dan anak mereka semata-mata untuk berseronok.

Apa punya bini, boleh pula dia seronok bersenang-senang dekat luar, makan sedap-sedap dengan kawan-kawan. Suami dia dibiarkannya makan apa ada je dekat rumah sambil jaga anak. Boleh pula dia setenang itu seperti orang bujang tak ada suami dan anak.

image is not available image is not available

Shaniena turut berkongsi tangkap layar perbualan antara dia dan suaminya yang memberi kebenaran sekaligus menafikan dakwaan individu terbabit.

Berdasarkan perbualan tersebut, suaminya mengizinkan Shaniena untuk bercuti kerana mahu melihat pempengaruh berkenaan gembira.

Saya mahu awak gembira. Tolong jaga diri dan jangan keluar berseorangan. Sayang awak.

image is not available

image is not available

image is not available 2025-07-04 14:55:06

"2 Tahun Saya Berhenti Minum Alkohol & Shisha, Rasa Bersyukur" - Shaniena Natasya

View Original Article