Shaniena Natasya Luah Rasa Kesal Netizen Bandingkan Hospital Lepas Bersalin – “Kerajaan Pun Okay Je Sekarang..”

LocalFamily & Parenting
11 Jun 2025 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan pempengaruh terkenal iaitu Shaniena Natasya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang kurang senang melihat dirinya bertenaga selepas bersalin.

Menerusi satu hantaran di TikTok, ia memaparkan Shaniena pergi ke sebuah pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan rumah, malah dia juga dilihat memandu kenderaannya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pempengaruh itu yang dilihat aktif meskipun baru sahaja melahirkan anak sulungnya secara pembedahan caesarean (czer).

image is not available image is not available

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, usahawan itu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap netizen yang suka membandingkan prosedur bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta.

image is not available

Sudah-sudahlah cakap saya bertenaga sebab bersalin dekat hospital swasta. Benda ni akan menakutkan orang lain.

 

Ingat, semuanya adalah tentang pemikiran kita. Mak saya hidup elok je lepas lahirkan saya dekat hospital kerajaan.

Pada awal Jun, Shaniena telah berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya selamat menimang cahaya mata pertamanya yang digelar ‘Princess S’.

image is not available 5 days ago

Hadiahkan Loket Emas Kepada Setiap Jururawat, Suami Shaniena Natasya Dipuji Netizen - "Akhlak Yang Patut Dicontohi.."