Shargeek 300 Diperlihatkan – Power Bank Dengan Sokongan Pengecasan 300W

TechnologyDigital
6 Jan 2025 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang yang sentiasa memerlukan sebuah power bank untuk memastikan peranti-peranti elektronik anda mempunyai kuasa bateri sepanjang hari, Sharge, syarikat disebalik jenama power bank popular Shargeek baru sahaja memperlihatkan penawaran terbaru mereka di acara CES 2025, iaitu Shargeek 300.

image is not available

Power bank ini hadir dengan rekaan separa lutsinar yang dapat diperlihatkan pada model-model lain seperti Shargeek 100 dan Shargeek 170, tetapi dengan saiz yang lebih besar. Tidak banyak yang diketahui mengenai kapasiti power bank ini buat masa ini, tetapi dengan nama model yang diperlihatkan, ia boleh menghantar kuasa elektrik setinggi 300W kepada peranti-peranti anda sekaligus.

image is not available

Shargeek 300 dilihat tampil dengan dua palam USB Type-C dan satu palam USB Type-A yang boleh mengeluarkan kuasa elektrik setinggi 140W pada setiap palam, dan salah satu daripada palam tersebut boleh digunakan untuk mengecas power bank ini juga. Jika anda tidak mahu menggunakan palam USB untuk mengecas power bank ini, ia juga mempunyai palam pengecasan barrel connector untuk tujuan tersebut.

image is not available

Sharge tidak mengesahkan apa-apa butiran lanjut mengenai powerbank ini, tetapi jika ia mempunyai spesifikasi yang memiripi Shargeek 170, ia akan hadir dengan kapasiti sekurang-kurangnya 24000mAH. Shargeek 300 juga dilihat hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai.

Shargeek 300 akan dibuka untuk pembiayaan di platform biayasama Kickstarter sekitar bulan April kelak, untuk harga sekitar $300.