Sharnaaz Ahmad Akui Sedang Berkawan Dengan Seseorang Tetapi Enggan Terlalu Berkongsi Kerana Belajar Daripada Pengalaman Lalu

Entertainment
2 May 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sharnaaz Ahmad - Gambar Astro

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedang berkawan dengan seseorang tetapi enggan terlalu berkongsi tentang kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu. 

Menurut Sharnaaz dia tidak mahu kisah percintaannya kali Ini menjadi seperti apa yang pernah terjadi dalam hidupnya sebelum ini. 

"Dulu saya terlampau 'highlight' tentang kisah peribadi saya. Kali ini bila dah betul-betul pasti, barulah saya akan kongsi dengan semua.

"Saya rasa ada ramai lagi artis-artis muda yang boleh diberikan perhatian. Saya dah dapat peluang ini satu ketika dahulu dengan cerita kehidupan saya serta pasangan saya sebelum ini. 

"Bila saya sudah mencapai umur sebegini, rasa malu pun ada nak 'highlight' kisah cinta. Takut kena baling dengan selipar Jepun," katanya sambil ketawa. 

Biarpun tidak mendedahkan secara rasmi siapa wanita yang sedang dekat dengannya pada ketika ini, namun ramai yang sudah mampu meneka bahawa wanita berkenaan ialah seorang pelakon yang dikenali sebagai Amelia Christie.

        View this post on Instagram                      

A post shared by ACL (@ameliachristie___)

Sebelum ini Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa pada tahun 2017. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2020. 

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lima tahun. 

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dengan filem terbaru iaitu Polis Evo 3. Di dalam filem berkenaan dia membawa watak antagonis iaitu  sebagai bekas anggota polis yang ingin membalas dendam. - Getaran, 2 Mei 2023