Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah, terharu anak tak berkira

17 Apr 2024 • 10:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah

Reaksi Jebat Jayden terhadap bapanya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah kepadanya menjadi bualan warganet selepas hanya menerima patung yang murah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Sharnaaz, aktor itu telah memuat naik satu video memaparkan Jebat yang berharap patung ‘Saitama’ yang dia mahukan telah sampai ke rumah mereka.

Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah

“Bismillahirohmanirohim, bagi Saitama baby sampai hari ini,” kata Jebat.

Sharnaaz kemudian meminta Jebat untuk menutup mata sebelum mengeluarkan patung yang diingini anaknya itu di hadapannya.

“Baby memang nak lah Saitama tu? Okay, sekarang ni, Baba rasa baby kena tutup mata dulu. Lepastu kita tengok sampai ke tak mainan baby,” ujar Sharnaaz.

Sebaik sahaja melihat patung ‘Saitama’ yang diletakkan di hadapannya, Jebat dengan jelas kelihatan sangat teruja sebelum mengangkat patung tersebut.

“Uish! Hadiah saya!” kata Jebat dengan teruja.

Jebat kemudian membelek-belek kotak patung tersebut sebelum mengucup bapanya sebagai tanda terima kasih kerana telah menghadiahkannya patung itu.

Pada ruangan kapsyen pula, pelakon berusia 39 tahun itu jelas terharu dengan reaksi anaknya itu walaupun hadiah yang dibelikannya itu tidaklah seberapa.

Terharu walaupun Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah

“Benda RM49.90, tapi dia punya hati tu cairkan hati yang duka. Kadang-kadang tak perlu benda mahal cuma kena ‘ada’.

“Kadang-kadang ja la yang murah,” luah Sharnaaz.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan reaksi daripada Jebat disamping memuji kecomelan anak kepada aktor itu.

Minat Saitama, maksudnya minat Achey?

image is not available

Sharnaaz Ahmad beri hadiah murah, comel je Jebat

image is not available

Kadang beli mainan kat eco shop pun anak dah gembira

image is not available

Macam budak besar punya reaksi

image is not available

Dah besar nanti jaga Baba dengan Mommy

image is not available

Comelnya, ucap terima kasih kat baba dulu

image is not available

Sekadar info, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

View Original Article