Sharnaaz Ahmad Beri Ucapan Penghargaan Buat Ibu Dan Bekas Isteri

LocalEntertainment
15 May 2023 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sempena menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu, Hari Ibu telah disambut oleh semua rakyat Malaysia dan diseluruh dunia juga termasuklah pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sharnaaz memuat naik foto bersama kapsyen penghargaan untuk ibu tercinta dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

Kedua-dua wanita ini memberi kesan dan merupakan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat Mama dan Mummy Nabila.

Tanpa anda berdua saya tidak akan berada disini. Terima kasih mama dan Mummy Nabila. Dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!.

Malah, pada foto perkongsian itu juga dilihat Noor Nabila meninggalkan komen di ruangan balas berkenaan.

image is not available

Dalam pada itu, kebanyakkan pengikut pelakon yang berumur 37 tahun itu memberi pelbagai komen positif.

image is not available

Ada yang memuji sikap Sharnaaz yang menghargai jasa bekas isterinya dalam membesarkan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 4 tahun.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baac respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.