Sharnaaz Ahmad Faham Perasaan & Mahu Peluk Fizi Ali – “Hanya Yang Lalui Akan Faham, Jangan Sesekali Pisahkan…”

Entertainment
22 Jan 2024 • 5:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut berkaitan anak penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri menjadi topik bualan hangat sepanjang hari ini selepas prosiding menemukan jalan buntu apabila tiada kata sepakat dicapai.

 

Fizi menangis, Shakilla bergegas pulang

Penyampai radio itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di depan semua wartawan kerana sangat merindui anaknya, Ameena Sofia selepas hampir dua bulan tidak dapat berjumpa.

Fizi yang ditemani isterinya ke mahkamah hari ini, berkata dia sudah melakukan bermacam jenis usaha untuk bertemu dengan Ameena namun tidak berjaya termasuklah datang ke sekolah Ameena tetapi gurunya tidak membenarkannya berjumpa.

Shakilla pula dilihat bergegas pulang dijemput menaiki kereta jenis BMW dan memohon maaf kepada wartawan memaklumkan dia sibuk.

image is not available

 

Sharnaaz bersimpati, tak kenal tapi nak peluk

Sementara itu, kes ini turut mendapat perhatian aktor berbadan sasa Sharnaaz Ahmad yang memuat naik Instagram story berkenaan berita tersebut.

Menerusi story itu, bapa kepada Jebat Jayden tersebut berkata hanya yang pernah melalui situasi sebegitu sahaja akan memahami apa yang dirasai oleh Fizi.

Tambahnya, meskipun tidak pernah berjumpa namun dia terasa mahu memeluk penyampai radio tersebut dan turut berkata seorang bapa dan anak tidak patut dipisahkan walau apa pun sebabnya.

Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tapi aku akan peluk kau brother. Aku taknak tau betul atau salah.

image is not available

image is not available 23 hours ago

Tak Dapat Tahan, Fizi Ali Menangis Ketika Disoal Wartawan - "Saya Sangat Rindukan Anak, Ini Paling Lama Tak Dapat Jumpa"