Sharp Melancarkan AQUOS Sense8 Dengan Kamera 50MP OIS Dan Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
4 Oct 2023 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sharp AQUOS Sense8 telah diperkenalkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan 5G terbina. Ia juga dipasarkan dengan dua fokus utama iaitu sistem kamera yang baik dan hayat bateri berpanjangan.

image is not available

Dari aspek rekaan AQUOS Sense8 mempunyai dua bonggol kamera dibelakang dengan sistem dwi-kamera. Panel belakang ini juga dilengkapi LED Flash dan kemasan serba berkilat bersama penjenamaan khusus AQUOS. Panel hadapan pula sejenis rata yang juga dilengkapi takuk kecil untuk kamera swafoto. Turut boleh dilihat saiz bezel peranti yang tidak sekata dengan kewujudan dagu tebal di bahagian bawah.

image is not available

Beralih ke spesifikasi, panel IGZO OLED sebesar 6.1-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz digunakan. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB sebagai tunjang utama peranti.

Turut disertakan ialah sensor utama 50MP OIS dengan sokongan zum sehingga 2X dan sensor 8MP ultra lebar yang menjadi pelengkap. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5,000mAh, Wi-Fi 5 (ac), bluetooth 5.1, NFC dan bicu audio 3.5mm. Peranti ini dijual di Jepun pasa harga JPY 62,150 (~RM1,970).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved