Sharp Menghasilkan Sarung Tangan Membolehkan Pengguna Merasai Sentuhan Dalam Dunia VR

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam Ready Player One, pemain boleh merasakan setiap sentuhan yang dipaparkan dalam dunia maya OASIS. Kandungan novel ini memberikan idea kepada Mark Zuckerberg untuk membina Meta Horizon Worlds sehingga nama syarikat diubah menjadi Meta. Zuckerberg kini lebih peduli dengan perlumbaan membina kecerdasan am buatan (AGI) dengan pelaburan ke dalam metamesta sukar dikurangkan.

image is not available

Di Jepun, Sharp masih belum mengibarkan bendera putih dan mereka menghasilkan sarung tangan yang membolehkan pengguna merasai sentuhan dalam dunia VR. Terdapat sensor pada hujung sarung tangan dengan getaran haptik memberikan sensasi seakan benar-benar menyentuh objek di dalam dunia realiti maya.

image is not available

Kelima-lima jari dilengkapi sensor haptik ini dengan terdapat juga butang kawalan serta kayu analog di antara ibu jari dan jari telunjuk. Rekaan yang tidak konvensional ini dipilih oleh Sharp bagi memudahkan ia ditanggalkan pengguna sekiranya mereka ingin menaip menggunakan papan kekunci fizikal di dunia sebenar. Pratempahan telahpun dibuka di Jepun dengan sepasang VR Haptic Controller dijual pada harga ¥100,000 (~RM 2877) sepasang.