Shaw pujuk Kane, Rice sertai United

Football
19 Jun 2023 • 12:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shaw (kanan) berharap Kane (kiri) dan Rice menyertai United pada musim baharu ini. - Foto Agensi

PEMAIN berpengalaman, Luke Shaw mempelawa rakan sepasukannya di kem England iaitu Harry Kane dan Declan Rice untuk berhijrah ke Manchester United pada musim panas ini.

Selepas meneruskan rentak kemenangan dalam kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Malta 4-0 pada Ahad, skuad bimbingan Gareth Southgate bersedia ke Carrington menjelang aksi menentang Macedonia Utara.

Shaw membuat catatan di Instagram berserta foto di pangkalan latihan United, Old Trafford, sambil berdiri bersebelahan Kane dan Rice menerusi kapsyen 'menjelajah Carrington' disertai emoji mata.

Pujukan itu susulan masa depan tidak menentu yang menyelubungi penyerang Tottenham Hotspur dan kapten West Ham itu.

“Ia biasanya tidak dibincangkan tetapi saya melakukannya memandang terdapat banyak cakap-cakap dan gurauan mengenainya (perpindahan) musim ini," katanya.

Shaw turut menyifatkan Kane dan Rice sebagai pemain bertaraf dunia dan Red Devils merupakan destinasi terbaik buat mereka.

“Saya tidak berbohong. Saya suka andai beberapa daripada mereka menyertai United.

“Saya beritahu mereka betapa bagusnya Manchester kerana saya tahu kualiti mereka.

“Saya tahu mereka adalah pemain bertaraf dunia dan mereka akan memberikan sumbangan besar tetapi saya hanya boleh bercakap sahaja.

“Terpulang kepada kelab dan apa sahaja keputusan mereka, jadi kami perlu terus melangkah ke depan,” ujar Shaw.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved