
Seperti biasa dunia perlu diselamatkan dan sudah tentu penyelamatnya adalah seorang adiwira yang mempunyai kuasa ajaib. Kali ini Billy Batson tidak keseorangan tetapi dibantu oleh ahli keluarganya yang lain. Musuhnya pula adalah anak perempuan kepada Dewa Atlas yang kembali untuk menuntut kuasa kepunyaan bapa mereka.
Filem ini bermula di Muzium Acropolis, Athens, Greece. Dua dewi, Hespera dan Kalypso yang lebih dikenali sebagai Daughters of Atlas masuk dan mengambil tongkat ahli sihir Shazam yang patah. Mereka ingin menggunakan tongkat tersebut sebagai alat untuk mendapatkan kembali kuasa yang telah hilang.
Sementara itu di Philadelphia, jambatan Benjamin Franklin mula rosak. Orang ramai berasa panik dan ketika itu jugalah Shazam sekeluarga telah datang untuk memberikan bantuan. Mereka berjaya menyelamatkan semua orang tetapi di sebalik kepahlawananya itu, Shazam tetap gagal untuk menghentikan jambatan tersebut daripada runtuh sepenuhnya. Juteru itu nama mereka tetap diperolok-olokan oleh media dan ini membuatkan mereka berasa kecewa.

Hespera dan Kalypso yang telah berjaya mendapatkan tongkat itu pula telah pergi menemui ahli sihir yang dikurung dan memaksanya untuk mencantumkan kembali tongkat yang patah. Setelah berjaya mereka berdua mula merancang untuk mencari Shazam dan mendapatkan kembali kuasa Dewa Atlas.
Hespera dan Kalypso akhirnya bertemu dengan salah seorang dari keluarga Shazam iaitu Freddy dan berjaya merampas semula kuasa tersebut. Freddy juga turut ditawan dan diletakkan bersama dengan ahli sihir di satu penjara rahsia.
Justeru itu Billy Batson dan keluarganya yang lain mula merancang untuk melaksanakan misi menyelamatkan Freddy serta tongkat sakti tersebut. Setelah itu mereka mula bertempur dan keadaan menjadi lebih genting kerana anak perempuan Dewa Atlas mempunyai seekor Naga yang sangat bengis serta sukar untuk ditewaskan. Disamping itu juga mereka turut dibantu dengan pelbagai makhluk aneh yang keluar dari tumbuhan buah apel.
Tetapi akhirnya Shazam terpaksa membuat satu keputusan yang sukar iaitu terbang bersama dengan tongkat sakti kearah naga dan meletupkan dirinya bersama-sama dengan naga dan anak Dewa Atlas. Setelah itu Shazam pun mati dan ditanam sambil disaksikan oleh keluarganya.
Ahli sihir yang turut berada disitu menyatakan kesedihannya kerana tidak berjaya menyelamatkan Shazam akibat tongkat tersebut yang telah hilang kuasa. Menurutnya lagi hanya dewa sahaja yang boleh mengembalikan kuasa tongkat tersebut. Tanpa diduga tiba-tiba muncul pula Wonder Woman disitu dan menyatakan bahawa dia mempunyai kuasa untuk membantu. Dengan adanya kuasa pada tongkat tersebut maka Shazam pun bangkit kembali dari matinya sambil membuat lawak tentang kematianya.


Shazam! Fury of the Gods merupakan instalasi kedua yang santai dan lucu buat Billy Batson dan keluarga wira mudanya. Lakonan salah seorang anak perempuan Dewa Atlas iaitu Helen Mirren berjaya membawakan sesuatu yang unik dan berbeza kerana sungguhpun jahat tetapi akhirnya berubah menjadi baik. Kekurangan filem ini adalah pada pembinaan watak-watak keluarga Shazam yang lain kerana jumlahnya agak ramai iaitu lima orang. Justeru itu tumpuan tersebut boleh dilakukan pada siri yang akan datang. Pada peminat tegar Shazam, saksikanlah filem ini dengan santai kerana banyak adegan yang mencuit hati.
Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

