Sheila Majid terima gelaran Datuk Seri

LocalEntertainment
2 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sheila Majid terima gelaran Datuk Seri

PETALING JAYA: Kira-kira empat dekad menempa nama dalam industri muzik, penyanyi,  Sheila Majid kini secara rasmi bergelar Datuk Seri.

Penghormatan itu diterima beliau selepas dikurniakan darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh suaminya yang juga pemuzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau dikenali sebagai Acis menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada isteri saya yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), yang membawa gelaran Datuk Seri, oleh Ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

“Sesungguhnya, anugerah ini amat layak diterima atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada kita semua.

“Kami sekeluarga amat berbangga dengan pencapaian dan penghormatan yang diraih ini,” katanya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Acis turut memuat naik beberapa keping foto bersama penyanyi lagu Sinaran itu yang masing-masing berpakaian berwarna hitam dan hijau ketika bersama-sama berada di Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Lebih bermakna, pasangan itu turut merakamkan foto kenang-kenangan bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Untuk rekod, Datuk Sheila Majid mula aktif dalam industri muzik selepas menerima kontrak rakaman pada tahun 1982 dan solo pertama beliau ialah Pengemis Muda. -UTUSAN

The post Sheila Majid terima gelaran Datuk Seri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved