Sheila Rusly kongsi detik cemas, berjiran dengan perompak – “Kawasan kau rasa paling selamat rupanya…”

LocalHome & Living
17 Apr 2026 • 3:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Sheila Rusly berkongsi detik cemas apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya berjiran dengan perompak di kawasan perumahannya.

Berjiran dengan pencuri

image is not available

Menerusi satu hantaran di Threads, Sheila mendedahkan kejadian itu berlaku pada malam tadi, sekali gus mengejutkannya selepas lebih sedekad menetap di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal.

image is not available

“Kejadian malam tadi. 12 tahun duduk gated & guarded residential baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa, seram kan,” ciapannya, hari ini.

Menurut Sheila, pendedahan itu membuatkan dia berasa tidak selamat walaupun kawasan tersebut sebelum ini dianggap antara kawasan yang paling terjamin dari segi keselamatan.

image is not available

Screenshot

Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal apabila suspek perompak berkenaan telah ditahan pihak berkuasa. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Sheila selepas menjawab pertanyaan seorang pengguna di Threads yang bimbang akan keselamatannya.

image is not available

“Dah tapi sis still rasa unsafe,”  katanya ringkas.

Artikel lain: Nazim Othman kongsi video AI peluk lelaki, komen Sheila Rusly jadi tanda tanya — “Ermm, sesuatu”

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap tahap keselamatan kawasan kediaman, meskipun dilengkapi pelbagai sistem kawalan keselamatan.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menasihati Sheila agar lebih berwaspada dan meningkatkan sistem keselamatan di kediamannya meskipun kawasan tersebut mempunyai pengawal keselamatan.

Sumber: Threads sheilarusly_jspictures

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved