Sheila Rusly terima menantu mualaf, anak bongsu selamat bernikah. Cantiknya Baetrice Chitra!

LocalEntertainment
3 Jan 2025 • 4:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TULAR di laman sosial foto majlis berinai dan video solekan pengantin buat Baetrice Chitra iaitu kekasih anaknya, Luth Mikhail.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Insta Story, Sheila Rusly dan keluarga menghadiri majlis malam berinai bersama bakal mempelai, ahli keluarga dan rakan-rakan termasuk Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora.

Sementara itu, Insta Story Elisya Sandha pula berkongsi foto yang memaparkan beliau dan suami, Uzair Haqimy.

"Adik ipar nak kahwin dah. Alhamdulillah," titipnya ringkas.

image is not available

Elisya tidak ketinggalan berkongsi foto Beatrice berbusana pengantin serba putih dengan hashtag #mikhaheartbeat.

Menerusi tinjauan Sinarplus, Sheila pada Khamis berkongsi berkenaan perkahwinan putera bongsunya yang berlangsung di sebuah hotel di Genting Highlands.

image is not available

Sementara itu, video solekan gadis itu juga tular di laman sosial TikTok. Warganet memuji keayuan Beatrice yang cantik semula jadi. Titip mereka:

"Alhamdulillah. Cantiknya."

"Muka iras Sheila."

"Natural beauty."

Terdahulu, Baetrice atau lebih mesra disapa Bae memeluk Islam pada Ogos lalu.