Shell disaman lebih RM441 juta kerana banjir

WorldEnvironment
10 Oct 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shell disaman lebih RM441 juta kerana banjir

BRASILIA – Pihak pendakwa raya memfailkan saman yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap anak syarikat gergasi minyak Shell di Brazil,  menuntut pampasan AS$108 juta (RM441.2 juta) berkaitan banjir dahsyat pada tahun 2024.

Hujan lebat mencetuskan banjir bersejarah  di selatan Brazil pada April dan Mei tahun berkenaan, menyebabkan hampir 200 orang terkorban dengan  500,000 lagi hilang tempat tinggal selain kemusnahan besar yang berlaku.

Menurut saman tersebut, liabiliti Shell sepatutnya sepadan dengan sumbangannya terhadap pemanasan global yang dianggarkan sebanyak dua peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia.

“Saman sivil ini bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab ke atas syarikat defendan, dari segi tanggungjawab alam sekitar dan berkaitan iklim serta  bagi kerugian material dan moral kolektif berpunca daripada kejadian cuaca melampau yang melanda negeri Rio Grande do Sul,” kata pendakwa raya awam seperti terkandung dalam dokumen mahkamah  dilihat oleh AFP.

Mereka berkata, syarikat  gergasi tenaga Britain itu sepatutnya dipertanggungjawabkan berikutan pelepasan gas rumah hijau masa lalu dan semasa yang berkaitan dengan penerokaan, pengeluaran dan penjualan bahan api fosil.

Pampasan AS$108 juta itu mengambil kira kedua-dua ganti rugi material dan moral.

“Ini  kali pertama pendakwa raya awam negara menyaman gergasi minyak bagi bencana iklim,” kata Maria Antonia Tigre, Pengarah Litigasi Iklim Global Pusat Sabin untuk Undang-Undang Perubahan Iklim, Maria Antonia Tigre  kepada AFP.

Shell telah disaman  di United Kingdom oleh mangsa taufan di Filipina. – AFP

 

                

 

The post Shell disaman lebih RM441 juta kerana banjir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved