Shell Recharge Mengecualikan Bayaran Tempahan ParkEasy Sekiranya Pemilik EV Hadir Mengecas Dalam Tempoh 10 Minit

TechnologyDigitalCars
10 Jul 2024 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini juga Shell Recharge mengumumkan bayaran tempahan parkir pengecasan menerusi ParkEasy akan dikecualikan sekiranya pemilik EV hadir mengecas dalam tempoh 10 minit. Ini merupakan satu berita baik buat pemilik EV kerana dengan ini kos pengecasan akan menjadi lebih murah.

image is not available

Sesetengah lokasi mempunyai bayaran tempahan yang berlainan seperti contoh di Shell Recharge Mint Hotel, Sg Besi akan dikenakan bayaran RM 5 manakala di Genting Highland akan dikenakan RM 8. Pengecualian bayaran tempahan ini ditawarkan untuk semua lokasi dan semua jenis pengecasan AC & DC.

Dengan pengecualian tempahan parkir apabila pengecasan digunakan dalam tempoh 10 minit, ia mungkin menjadikan tempahan pengecasan sedikit mencabar jika pemilik EV berjauhan dengan pengecas Shell Recharge, akan tetapi ia juga dapat membuka peluang kepada lebih ramai pemilik EV menggunakan kos Shell Recharge dengan kos lebih rendah. Malah ini juga satu lagi langkah baik selepas penyelarasan kadar pengecasan dari menggunakan kadar per minit, kepada kadar per kWh yang bermula awal tahun ini.

image is not available

Pengecualian bayaran tempahan ini akan bermula pada 15 Julai 2024 menerusi aplikasi ParkEasy dan untuk tempoh terhad dari 15 Julai sehingga 15 Ogos 2024, ParkEasy turut menawarkan baucar Shell RM 30 untuk setiap tambah nilai 100 kredit ParkEasy.