Shelter of Hope rayu sumbangan orang ramai: Demi kebajikan haiwan terbiar

24 Dec 2022 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Menderma hanya RM10 seorang atau menghantar makanan kepada Shelter Of Hope Penampang akan memberi peluang kepada ratusan anjing dan kucing terbiar, hidup selesa untuk satu lagi musim Krismas tahun ini.

Jika tidak, tahun ini mungkin kali terakhir mereka ‘merayakan Natal’ di pusat perlindungan haiwan dengan makanan dan air yang cukup serta tempat tidur yang selesa, jauh daripada ketakutan dipukul orang ramai di jalanan.

Diurus seorang diri oleh pencinta haiwan tegar, Adrienne Godfrey Johniu di Kampung Tuavon, beliau bimbang dengan nasib kucing dan anjing terbiar yang ditempatkan di pusat itu sekarang kerana kurangnya sumbangan daripada orang ramai.