Kenapa Sambutan Krismas Hotel Ini Berbeza dari yang Lain?
Sheraton Kuching Lancar Pakej Krismas ‘The Whimsical Wonderland’. Sheraton Kuching Hotel secara rasmi telah memulakan musim perayaan dengan Majlis Pelancaran Krismas yang meriah pada 20 November 2025 yang lalu, membawa semangat Krismas kepada rakan kongsi, tetamu, dan komuniti tempatan. Acara tahunan ini bukan hanya sekadar menghidupkan lampu dekorasi, tetapi tahun ini, ia membawa sebuah dimensi yang lebih mendalam dan bermakna.
Dengan persembahan pembukaan yang menawan dari Persatuan Koir Pertama Bandaraya Kuching, Pengurus Besar, Cik Charlene Chan, telah merasmikan tema perayaan tahun ini: “The Whimsical Wonderland‘. Kemuncak pada malam tersebut itu tentunya upacara menghidupkan lampu dekorasi Krismas. Acara rasmi ini disempurnakan oleh Cik Charlene Chan, Encik Andrew Law (Pengurus Hotel), dan Encik Michael Ho (CEO Double Dynasty Group- Bahagian Hospitaliti), menerangi hotel dengan cahaya perayaan yang memukau.

Fokus Utama Krismas Sheraton Tahun Ini – Memberi Balik Kepada Komuniti
Di sinilah letaknya elemen sebenar yang ingin ditonjolkan oleh Sheraton sempena Krismas tahun ini. Selari dengan komitmen berterusan Sheraton Kuching untuk memberi kembali kepada masyarakat, hotel ini telah bekerjasama dengan sebuah badan kebajikan Kuching, Hope Place Kuching.

Dalam majlis yang sama, tiga keluarga telah dijemput untuk menyertai sambutan tersebut. Setiap keluarga bukan sahaja menerima hadiah istimewa, malah dijemput untuk menikmati Bufet Makan Malam Krismas, mencipta momen kebersamaan yang pastinya menjadi memori yang akan dikenang selamanya. Tindakan ini benar-benar menonjolkan semangat sebenar Krismas, mengubah majlis hotel mewah menjadi platform untuk kebajikan.
Nota Editor: Kerjasama dengan pertubuhan amal tempatan seperti Hope Place Kuching menunjukkan bagaimana syarikat besar boleh memainkan peranan penting dalam menyokong komuniti yang memerlukan, melangkaui perniagaan harian mereka.
Menu Krismas Premium Yang Menggoda Selera
Bagi yang tertanya-tanya tentang tawaran kulinari, Sheraton Kuching turut memberikan pratonton menu perayaan mereka. Menu Krismas yang mewah ini menonjolkan hidangan-hidangan bertaraf tinggi seperti Tomahawk Steak, Salmon Wellington en Croute, Beef Rib Eye Steak, Seafood on Ice, dan Braised Wagyu Oxtail with Lamb Shoulder.

Tidak ketinggalan, stesen pencuci mulut secara langsung pasti akan menjadi tumpuan foodie, menampilkan churros, bar ais krim, chocolate fountain, Fudge Yule Log klasik, serta pelbagai pencuci mulut menarik yang direka untuk memuaskan hawa penggemar manis.
Bagi yang memilih untuk meraikannya di rumah, pilihan hidangan bawa pulang perayaan turut disediakan, membolehkan anda membawa cita rasa ceria Sheraton Kuching ke meja makan anda.

Dengan fokus pada bantuan komuniti melalui badan kebajikan Hope Place Kuching, majlis ini membuktikan bahawa semangat perayaan yang yang bermakna datang dari hati yang ikhlas memberi.
Baca juga artikel berkaitan:
Bertemakan Golden Champagne , Sheraton Kuching Cipta Makan Malam Krismas Yang Elegan
Tular Gereja Di Indonesia Mulakan Misa Krismas Dengan Memberi Salam


