‘Sheriff’ Capai Jangkaan Peminat Filem, Raih 1 Juta Tontonan Pada Tayangan Awal

Movie
19 Apr 2024 • 12:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff berjaya meraih kutipan tontotan lebih RM1 juta pada tayangan awal (sneak preview) di pawagam, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Astro Shaw menerusi akaun Instagram miliknya, dengan kapsyen “Alhamdulillah. SHERIFF nak ucapkan terima kasih dekat korang! Sokongan korang untuk tayangan awal filem SHERIFF ni memang mantap lah!”.

Kutipan memberangsangkan itu membolehkan Sheriff berada pada tangga pertama carta 10 filem teratas yang ditayangkan di GSC Malaysia, malah berjaya mengetepikan filem antarabangsa.

image is not available

Foto: New Straits Times

Tidak terhenti di situ, pengguna media sosial rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dipertontonkan serta berpendapat bahawa filem Sheriff merupakan filem yang bagus dan berkualiti.

Storyline unexpected, banyak plot twist

image is not available

Best local film ever

image is not available

Filem Sheriff memang power

image is not available

Best malay movie

image is not available

Memberi kepuasan maksima

image is not available

Filem yang diterbitkan dua syarikat produksi iaitu Skop Productions dan Astro Shaw itu menampilkan bariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Azira Syafinaz dan ramai lagi.

Karya ke-12 Syafiq ini mengetengahkan sisi gelap dunia kepolisan, dan boleh dikira sebagai ‘buah tangan’ paling jujur pernah dihasilkan.

Sumber: Instagram @astroshaw