Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

30 Sep 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TENANG dan cukup mendamaikan mata memandang apabila melihat kehijauan dan landskap rumah dusun milik hos dan pelakon terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy.

image is not available

Menerusi satu perkongsian, isteri kesayangan Ijoy Azhari yang mesra disapa Sheira telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan suasana di halaman kediamannya.

image is not available

Selain dikelilingi dengan pokok-pokok durian, kelihatan aliran sungai kecil di tepi rumah.

Sebuah jakuzi berwarna putih disediakan Shiera untuk kegunaan anak-anak bermain air sambil melihat keindahan alam.

image is not available

Video seumpama itu bukanlah kali pertama dikongsikan Shiera yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu.

image is not availableSebelum itu, beliau ada berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan keindahan kawasan berdekatan rumahnya itu.

image is not available

image is not available

Perkongsian video itu telah menarik pehatian warga maya. Rata- rata kagum dan terpesona melihat panaroma halaman rumah dusun tersebut.

“Hebatnya rumah dusun Kak Shiera. Walaupun simple, tetapi rasa tenang melihatnya. Musim durian mesti lagi best kan. Teringin juga nak ada rumah dusun macam ini,” demikian komen yang diberikan oleh warga maya.

Barang rumah murah DI SINI

Bahkan, ada juga pelayar yang mengakui, laman rumah tersebut sesuai jika mahu dijadikan lokasi perkahwinan yang berkonsepkan hutan.

Untungnya kalau pandai menguruskan wang kan?

Lepas ini, kalau sudah tidak aktif dalam bidang seni, bolehlah Shiera rehatkan diri dan habiskan masa bersama keluarga di rumah dusun tersebut.

Sumber: shieraijoy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article