Shila Amzah Akui Tak Akan Lagi Berdiam & Biar Diri Dipijak – “Dulu Tegas Dalam Kelembutan, Sekarang Fasa….”

20 Oct 2023 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, penyanyi Shila Amzah menerusi Instagram telah meminta wanita dipercayai kekasih adiknya, Amir Syafiq untuk keluar dari banglo miliknya di Hulu Langat.

Dedahnya lagi, wanita bernama Eiza itu tinggal bersama keluarganya di kediaman tersebut sejak 2021 dan pernah keluar atas permintaannya namun kembali duduk tanpa kebenaran Shila.

image is not available 22 hours ago

Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya - "Sila KELUAR Selewatnya Esok"

Menerusi soal jawab bersama pengikutnya, Shila akui selama ini dia berlembut dan berdiam diri meskipun diperlakukan dengan tidak elok.

Namun, kini Shila tekad untuk tidak lagi membiarkan dirinya ditindas serta akan bangkit dengan bukti bukti yang disimpan rapi selama ini.

Dulu tegas dalam kelembutan, sekarang fasa garang bermula.

image is not available

Sementara itu, Shila turut berkongsi dia sudah mempunyai rancangannya tersendiri berkenaan isu penjualan rumah miliknya.

Meskipun keputusannya untuk menjual rumah itu menyebabkan konflik di antaranya dan dua beradik serta ibu, Shila berkata dia percaya masa akan menentukan semua.

image is not available

image is not available