Shila Amzah dan suami kekal positif, Seth Uwais disahkan hidap autisme

25 Jun 2024 • 2:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Shila Amzah dan suami kekal positif setelah anak pertama penyanyi tersebut disahkan oleh doktor menghidap autisme tahap satu pada hari ini.

Baru disahkan hidap autisme

Dalam video yang dikongsi oleh pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, 34, dia memaklumkan yang anaknya, Seth Uwais, 4 telah di diagnosis menghidap autisme tahap satu dan meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merancang proses seterusnya bagi mendidik serta memastikan kanak-kanak terbabit mendapat terapi sebaiknya.

image is not available

Shila Amzah dan suami tetap positif

Dapat dilihat reaksi Shila dan Ubai sangat positif apabila tetap tersenyum dan bersorak bersama Seth di dalam kereta setelah pemakluman tersebut.

image is not available

Ramai doakan urusan Shila Amzah dan suami dipermudah

Perkongsian yang dibuat penyanyi lagu Patah Seribu itu telah mendapat pelbagai komen daripada warganet dan juga kenalan mereka.

Rata-rata memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan Seth serta Shila dan Ubai dipermudah dalam memulakan perjalanan baharu berkenaan.

image is not available

Nampak Seth budak baik dan bijak

image is not available

Boleh pulih nanti kalau tak tinggal terapi

image is not available

Suka tengok energy positive Shila dan Ubai

image is not available

Sekadar info, Seth Uwais merupakan anak kepada Shila Amzah bersama bekas suaminya, Haris Idraki. Mereka telah sah bercerai pada 8 Februari 2022 selepas tiga tahun berkahwin.

Pada 5 Ogos 2023, penyanyi berkenaan telah kembali bergelar isteri kepada pempengaruh terkenal, Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Zulkefli dan sudahpun menimang cahaya mata pertama, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Sumber: Instagram shilaamzah