Shila Amzah dikecam tak puasa, dedah ada sebab tersendiri

Entertainment
1 Apr 2024 • 12:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Shila Amzah dikecam tak puasa namun penyanyi itu menyifatkan tindakan netizen ini tidak sensitif kerana dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berpuasa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shila berkata video temu bual yang memaparkan dia mengaku tidak berpuasa telah tular di TikTok.

Shila Amzah dikecam tak puasa

Pada video itu, Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah menjelaskan dia tidak berpuasa kerana doktor menyarankan sedemikian atas sebab tekanan darahnya yang rendah.

“Saya ada nampak beberapa temu bual saya di TikTok, sebab tekanan darah saya rendah kan, 7.1. Jadi saya bagitaulah saya tak puasa sebab doktor tak sarankan.

“Kita pula pembawa thalasemia, makanya memang masalah tekanan darah rendah ni tak dapat dielakkan. Janganlah kata “oh saya tekanan darah rendah boleh je puasa”.

“Badan orang lain-lain kan, lagi pula kita mengandung. Mana boleh sama kan, betul tak?” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun juga berkongsi kandungannya kini sudah memasuki usia lapan bulan dan tekanan darahnya memang agak bermasalah.

Dedah ada sebab tersendiri, Shila Amzah dikecam tak puasa

image is not available

“Ada dua golongan yang saya cukup malas nak layan, golongan ‘baik beli’ dengan golongan ‘terpaling itu ini’.

“Sedikit update lah, sebab saya dah nak masuk lapan bulan, tekanan darang ni memang agak bermasalah. Jalan sikit pening, berdiri lama pening.

“Ada satu hari tu nak pergi beli barang dapur dengan Ubai, Ya Allah, nak pitam pulak. Makan ubat semua dah, tapi tulah dugaan. Nak buat macamana. Doakan saya dan bayi selamat sampai bersalin nanti, InshaAllah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong penyanyi itu dan berkata mereka turut mempunyai pendapat yang sama.

Tak payah dengar cakap orang…

image is not available

Shila Amzah dikecam tak puasa, itulah mulut manusia

image is not available

Ikut kemampuan orang

image is not available

Saya pun cukup menyampah dengan golongan terpaling

image is not available

Badan kita tak sama dengan orang lain

image is not available

Tak faham dengan orang yang terpaling ni..

image is not available

Sekadar info, Shila telah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai pada 4 Ogos 2023.

Sebelum ini, Shila pernah melangsungkan perkahwinan dengan Haris Edraki pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais namun pasangan ini telah pun bercerai.

Sumber: Instagram Shila Amzah