Shila Amzah, ibu berdamai

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Selain Fauziah, Syada dan Syahir turut hadir majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira pada Sabtu lalu.

image is not available
Fauziah turut berkongsi gambarnya bersama Shila.

BAK kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus mungkin tepat untuk menggambarkan hubungan penyanyi, Shila Amzah dan ibunya, Fauziah Sarman.

Selepas berdepan kemelut kekeluargaan, nampaknya hubungan Shila dan ibunya kembali bertaut selepas Fauziah yang mesra disapa dengan panggilan Mama, hadir majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira pada Sabtu lalu.

Selain Fauziah, turut kelihatan adalah adik Shila iaitu Syada Amzah dan Syahir Amzah.

**media[2828373]**

Perkongsian yang dibuat Fauziah menerusi Insta Stroy miliknya sedikit sebanyak menjadi perhatian ramai selepas hampir setahun mereka tidak bersua selepas berdepan krisis penjualan rumah banglo milik Shila yang didiami keluarganya sebelum ini.

Perbalahan itu menjadi perhatian ramai apabila Shila mendedahkan turut dikasari seorang lagi adiknya dan beberapa isu dalaman yang selama ini menjadi rahsia.

Bagaimanapun ramai yang bersimpati kepada Shila pada ketika itu kerana perlu menjadi tonggak utama keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved