
Penyanyi terkenal, Shila Amzah sekali lagi menjadi sebutan hangat apabila tersebar dakwaan kononnya dia merupakan antara artis termahal di China dan menerima bayaran dalam mata wang dolar.
Namun, penyanyi berbakat besar itu lebih selesa berdiam diri dan tidak mengiyakan atau menafikan perkara berkenaan.
Menurut laporan Kosmo, Shila berkata yang penilaian terhadap nilai seorang artis adalah amat subjektif, dan yang penting baginya ialah hasil daripada usaha keras selama ini.
Saya hanya mampu ucap alhamdulillah, semua ini adalah rezeki. Saya percaya usaha tidak akan mengkhianati hasil.
Shila turut berkongsi bahawa mata wang bayaran adalah bergantung kepada lokasi persembahan, dan tidak menjadi isu besar baginya.
Kalau di Malaysia, saya terima bayaran dalam ringgit. Kalau di luar negara, ikutlah mata wang negara berkenaan.
Dihargai di luar negara? Ini jawapan Shila Amzah!

Sama ada bakatnya lebih dihargai di luar negara berbanding tanah air, Shila menganggap isu itu tidak perlu diperbesarkan. Katanya, sokongan peminat dari mana-mana sekalipun memberi semangat buatnya terus berkarya.
Saya tak ambil serius pun isu itu. Bila saya baca komen di media sosial, ramai yang tetap hargai saya, baik di Malaysia mahupun luar negara.
Yang penting, mereka nampak bakat saya dan semua kerja keras saya.
Shila Amzah bakal jadi juri!

Shila kini bersedia menyandang tugas sebagai juri dalam program realiti “Raise The Star” yang akan mula bersiaran pada 22 Jun ini di Astro Ria.
Antara juri lain yang turut terlibat ialah Ajai, Audi Mok, Ikhwan Fatanna dan Aina Abdul.
Pssttt! Jangan cepat menilai hanya dari luar. Di sebalik glamor, ada usaha keras yang jarang kita nampak. Rezeki itu milik Tuhan, dan kerja keras pasti berbaloi, cuma cepat atau lambat jer.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.



