Shila Amzah ‘Tayang’ Wajah Rhea Akira, Sifatkan Wajah Puteri Banyak Ikut Muka Ubai 

Entertainment
10 Jun 2024 • 9:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi popular, Shila Amzah pada Ahad akhirnya berkongsi wajah anak keduanya, Rhea Akira dengan para peminat setelah bayi hasil perkongsian hidupnya bersama pempengaruh, Ubai genap berumur sebulan semalam. 

Wajah comel Rhea dikongsi menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Kongsi pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini, puteri sulungnya itu memiliki wajah yang lebih seiras dengan ayahnya, berbanding dirinya. 

“Assalamualaikum pakcik dan makcik. Hari ni genap usia Rhea sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya,” tulis Shila.

image is not available

“Gambar tutup mata adalah wajah Rhea yang terkini yang beratnya sudah mencecah 4 kilogram (kg). Gambar di sebelah adalah ketika dia baru lahir iaitu 2.84 kg,” tulis Shila lagi. 

Terdahulu Shila turut berkongsi satu video yang memperlihatkan dirinya sedang mendodoikan anaknya dengan lagu I Don't Want to Miss a Thing yang dipopularkan oleh Aerosmith. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Shila selamat bersalin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 Mei lalu. 

Selain Rhea, Shila juga memiliki seorang lagi  anak, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun, hasil perkahwinan pertamanya dengan Haris Edraki pada 2018. - Getaran, 10 Jun 2024

Foto : IG Shila Amzah