Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk Terajui Drama Fantasi Romantik ‘The Remarried Empress’

Entertainment
28 Aug 2026 • 2:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kisah cinta yang berakhir dengan perceraian sudah terlalu banyak dipersembahkan kepada penonton, jadi The Remarried Empress hadir dengan konflik yang jauh lebih besar. 

Ia mengisahkan tentang sebuah perkahwinan diraja yang terheret ke dalam permainan cinta, kuasa dan perebutan takhta.

Image from: Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk Terajui Drama Fantasi Romantik ‘The Remarried Empress’

Drama bersiri 10 episod itu bakal menemui penonton secara eksklusif di Disney+ bermula 4 November hadapan, dengan barisan pelakon popular Korea Selatan termasuk Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk dan Lee Se-young.

Diadaptasi daripada webtoon popular NAVER dengan judul sama yang telah mengumpul hampir tiga bilion tontonan, siri ini mengisahkan Empress Navier dan suaminya, Emperor Sovieshu, pemerintah Eastern Kingdom yang mula berdepan keretakan dalam rumah tangga mereka.

Segalanya berubah apabila Sovieshu jatuh cinta dengan seorang wanita yang melarikan diri daripada perhambaan, Rashta, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hatinya.

Image from: Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk Terajui Drama Fantasi Romantik ‘The Remarried Empress’

Navier bagaimanapun enggan mengorbankan maruahnya demi mempertahankan perkahwinan yang sudah retak. Sebaliknya, dia bersetuju dengan permintaan suaminya dengan satu syarat, dia dibenarkan berkahwin semula dengan Crown Prince Heinrey dari Western Kingdom.

Dari situ, kisah cinta mereka berkembang menjadi permainan emosi yang turut membawa implikasi terhadap masa depan sebuah kerajaan.

Shin Min-a, yang dikenali menerusi Hometown Cha-Cha-Cha dan Karma, menggalas watak Navier, manakala Ju Ji-hoon membawakan watak Emperor Sovieshu.

Image from: Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk Terajui Drama Fantasi Romantik ‘The Remarried Empress’

Lee Jong-suk pula tampil sebagai Crown Prince Heinrey, sementara Lee Se-young memegang watak Rashta.

Dengan latar istana, hubungan yang penuh konflik serta perebutan kuasa antara dua kerajaan, The Remarried Empress menawarkan sisi berbeza kepada genre romantik Korea yang lazimnya lebih tertumpu kepada hubungan pasangan utama.

Siri ini diadaptasi untuk skrin oleh Yeoh Geena dan Hyun Choongyeol, manakala Cho Suwon, pengarah Still 17 dan Pinocchio, menerajui arahannya.

Image from: Shin Min-a, Ju Ji-hoon, Lee Jong-suk Terajui Drama Fantasi Romantik ‘The Remarried Empress’

Penonton tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui bagaimana kisah Navier bermula apabila empat episod pertama akan ditayangkan serentak pada 4 November. 

Dua episod baharu kemudiannya akan dilancarkan setiap Rabu sehingga episod terakhir pada 25 November. - Getaran, 28 Ogos 2026

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved