Shokz OpenRun Pro2 Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM899

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shokz OpenRun Pro2 ialah fon telinga terbuka dengan teknologi pengaliran tulang terkini. Ia diperbuat daripada bahan silikon lembut berkualiti tinggi yang boleh dibentuk sesuai dengan pelbagai saiz telinga bagi tujuan keselesaan sepanjang hari. Fon telinga ini turut sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti yang banyak bergerak seperti bersukan kerana tidak mudah jatuh.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdapat juga teknologi DualPitch yang menggabungkan kedua-dua pembesar suara pengaliran tulang dan udara untuk bunyi bass yang jelas, seimbang serta mengujakan sesuai dengan pelbagai penggunaan. Tidak kiralah sama ada sedang mendengar lagu, podcast atau menerima panggilan. Selain itu menyokong MultiPoint Pairing yang membolehkan Shokz OpenRun Pro2 disambungkan ke dua peranti secara serentak serta bertukar-ganti di antara kedua-duanya dengan mudah.

image is not available

image is not available

Bateri disertakan pula mampu bertahan sehingga 12 jam masa main balik audio dengan bateri yang dicas penuh. Selain turut melepasi penarafan melepasi penarafan kalis air IP55 yang sesuai digunakan untuk bersenam. Harga jualan rasmi ialah RM899 dengan dua pilihan saiz dan warna yang berbeza termasuk jingga dan hitam.

View Original Article