ShopBack Melancarkan ShopBack Pay Dan Kemaskini ShopBack PayLater Untuk Pembayaran Di Kedai Fizikal

TechnologyDigital
11 Aug 2023 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini sempena ulang tahun mereka yang ke-8, Shopback telah melancarkan kaedah pembayaran mereka yang baharu iaitu ShopBack Pay. Ciri ini membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara penuh atau secara ansuran dan dalam masa yang sama juga boleh dapatkan pulangan tunai. Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit dan juga kad kredit yang telah ditetapkan dalam aplikasi ShopBack pengguna.

image is not available

Untuk membuat pembayaran di kedai fizikal, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di kaunter pembayaran dan masukkan jumlah yang perlu dibayar, pilih sama ada ingin membuat pembayaran penuh atau secara ansuran. Kemudian masukkan kod promosi jika ada, pilih untuk dapatkan pulangan tunai kemudian anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran.

Sebelum ini, ShopBack telah melancarkan ShopBack PayLater untuk membahagikan pembayaran kepada tiga kali ansuran tanpa sebarang faedah. Tetapi pada pelancaran hari ini mereka telah mengemaskini ciri ShopBack PayLater ini dengan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran penuh melalui kaedah pembayaran pilihan masing-masing dan dalam masa yang sama masih lagi boleh menikmati pulangan tunai.

image is not available

Menurut ShopBack, hari ini mereka telah mencapai sehingga 500,000 transaksi sehari dan kini jumlah keseluruhan pulangan tunai yang diterima oleh pengguna adalah lebih RM200 juta. Mereka juga menyatakan bahawa dengan penawaran ciri ShopBack PayLater ini, mereka telah membantu jenama-jenama untuk meningkatkan hasil jualan mereka. Ini kerana melalui kaedah pembayaran ini, perbelanjaan bulanan pelanggan mereka dilihat meningkat sehingga 18% setiap bulan bagi setiap pelanggan dan ia juga meningkatkan peratusan pelanggan sedia ada sehingga 27% untuk terus berbelanja.

image is not available

Antara jenama yang menyokong ciri ShopBack ini adalah seperti Agoda, Royal Sporting House, Puma, Tudung People, Bata dan banyak lagi. Melalui ciri ShopBack Pay dan PayLater, kini orang ramai boleh menikmati kemudahan pembayaran hanya di hujung jari untuk membuat pembelian. Orang ramai juga boleh dapatkan pulangan tunai berganda apabila berbelanja secara atas talian mahupun di kedai fizikal seterusnya menjadikan perbelanjaan lebih berbaloi.