Shopee Berkongsi Tarikh Akhir Penghantaran Barangan Untuk Diterima Sebelum Hari Raya

TechnologyDigital
31 Mar 2024 • 6:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopee dilihat berkongsi tarikh akhir penghantaran barangan untuk diterima pengguna sebelum Hari Raya. Pelbagai syarikat kurier dan logistik telah disenaraikan dengan masing-masing menetapkan tarikh akhir penghantaran di antara 4 hingga 9 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia. Sementara itu sekitar 1 hingga 2 April 2024 pula untuk Sabah dan Sarawak.

image is not available

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan dan tidak membuat pembelian barangan pada saat akhir bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Dalam masa sama, penjual juga diingatkan untuk menghantar barangan seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kelewatan.