Shopee Kini Hadkan Penggunaan Baucar Ketika Pembelian

TechnologyDigital
12 Jul 2022 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Shopee telah mula mengurangkan satu demi satu perkara pada platform edagang mereka. Selepas mengehadkan nilai baucar untuk penghantaran sebelum ini, kini Shopee turut telah mengehadkan baucar yang boleh digunakan pada sesuatu pembelian.

Berbeza dengan sebelum ini, bermula minggu ini, Shopee kini mengehadkan kepada pengguna boleh menggunakan hanya satu baucar platform dari Shopee sendiri, dan juga satu baucar daripada pekedai pada sesuatu masa.

image is not available

Dengan ini, secara maksima, anda boleh menggunakan dua baucar sahaja pada sesuatu pembeliaan. Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan baucar penghantaran bersama baucar diskaun atau Shopee Coins – yang mana ditawarkan oleh platform.

Langkah ini mungkin menyukarkan pengguna menikmati penjimatan lebih banyak berbanding sebelum ini, selain memerlukan pengguna lebih merancang perbelanjaan di platform edagang.